Selepas 1hb Mac 2008 sebanyak 5 siri kejohanan akan dilansungkan di Kuala Terengganu bertempat di Terengganu Trade Center yang mana 30 pemain terbaik setiap daerah akan bertanding sebanyak 5 siri kejohanan untuk layak menyertai grand final bulan Disember nanti .
Kejohanan tersebut ialah FIDE rated event dimana pemain rated tempatan akan dijemput untuk menyertai kejohanan tersebut.Tarikh yang dicadangkan seperti berikut :
1.Siri Satu 5hb April 2008
2.Siri Dua 13hb hingga 14hb Jun
3.Siri Tiga 25hb hingga 26hb Julai
4.Siri Empat 22hb hingga 23hb Ogos
5.siri Lima 17hb hingga 18hb Okt
Grand final
1.18hb hingga 22hb Disember
Hadiah terkumpul bagi grand final telah dicadangkan berjumlah RM30,000 dan hadiah pertama sekitar RM10,000.Kita tunggu pengumuman rasmi yang akan dibuat kemudian oleh pihak penganjur.Bagi 5 siri kejohanan akan dilansungkan hadiah berjumlah RM5,000 setiap siri.