Tuesday, July 01, 2008

KEJOHANAN CATUR MAKSAK KEBANGSAAN 2008

Kejohanan catur MAKSAK Malaysia akan diadakan pada 1hb hingga 3hb Ogos di Pulau Pinang.Seramai 14 pasukan negeri dan gabungan Maksak Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara tahunan ini. Dikejohanan yang sama pada tahun lepas Terengganu adalah merupakan juara ,adalah diramalkan pada tahun ini saingan akan bertambah sengit ,namun begitu Terengganu dijangka akan mempertahankan kejuaraan.Pasukan yang akan memberikan saingan sengit kepada Terengganu ialah Kuala Lumpur, Sarawak , Perlis ,PDRM dan Kelantan.Hanya Melaka dan Kedah tidak mengambil bahagian.Berikut ialah undian bagi kejohanan tersebut :
  • Kumpulan A
  1. Terengganu
  2. Angkatan Tentera Malaysia
  3. Perak
  4. Polis Diraja Malaysia
  5. Selangor
  • Kumpulan B
  1. Labuan
  2. Perlis
  3. Kuala Lumpur
  4. Johor
  5. Kelantan
  • Kumpulan C
  1. Sarawak
  2. Penjara
  3. Pahang
  4. Negeri Sembilan

2 comments:

Anonymous said...

Boss, kawan cedok, kawan dah bubuh link kat description tu (kawan pun tahu hak cipta terpelihara)..tak cukup ker??? please read carefully (according to this blog)..tang this blog tu..kawan baru belajar nak buat blog..nak bagi credit tu kena tulis besar2 ke? Tolong tunjuk ajar..anyway good luck maksak ganu!

chesstantic.

Muhammad Arshad said...

Kalau gitu x apa lah.no hard feelin