Sunday, February 08, 2009

KEJOHANAN CATUR MSST 2009

Siti Nor Raihan dijangka menjuarai kategori Bawah 18 tahun

Mohd Huzaimi Abdul Jalal dijangka menjuarai kategori bawah 12

Siti Aisyah Sabirin dijangka menjuarai kategori bawah 12 perempuan


Kejohanan catur MSST Kuala Terengganu Selatan yang telah berakhir pada minggu lepas telah disertai seramai 250 peserta yang bertanding dalam tiga kategori penyertaan iaitu bawah 12 , bawah 15 dan bawah 18 tahun.Kejohanan tersebut berlansung di Sekolah Menengah Padang Negara yang akan menjadi venue bagi kejohanan diperingkat negeri nanti yang akan berlansung pada hujung minggu ini ( 12hb hingga 14hb ).Cikgu Ariffin Anas dan krewnya berjaya mengendalikan kejohanan tersebut dengan lancarnya.


Dari pemerhatian sebahagian besar pemain dan sekolah nampaknya tidak bersedia untuk menyertai kejohanannya.Ada pelajar sekolah dipilih terus oleh pihak sekolah untuk mewakili sekolah masing masing.Ada juga pemain yang pernah mewakili negeri bermain sambil lewa sahaja.Prestasi semua pemain diseluruh daerah Terengganu nampaknya tidak menyakinkan untuk memberi cabaran kepada pemain dari negeri lain.Lihatlah keputusan kejohanan MSSM yang diadakan di Melaka tahun lepas.Dengan ketiadaan Abdul Kadir Jailani , Mohd Syazwan Zulkifli boleh dijangkakan tiada seorang pun pemain Terengganu akan mendapat 5 tempat teratas dalam semua kategori. Namun begitu Siddiq Husany (L18) , Siti Nor Raihan (P18),Ahmad Faiz (L15) , Muhammad Huzaimi (L12) , Siti Asiah Sabirin (P12) dijangka tidak menghadapi banyak masalah untuk menempatkan diri diantara 10 pemain terbaik kejohanan peringkat umur masing masing di Selangor nanti.Lain lain pemain hanya sekadar memenuhi kuarta pasukan.Bagi acara bawah 18 tahun lelaki pula Mohd Khairul Nazrin dari Kuala Terengganu Selatan dan Siddiq Husainy dari Kuala Terengganu Utara dijangka akan bertarung untuk menentukan kejuaraan.


Bagi saya agar sukar untuk menjangka pasukan mana yang akan muncul juara keseluruhan.Namun begitu daerah Dungun akan muncul juara berpasukan kategori bawah 12 tahun perempuan, Kuala Terengganu Selatan diramal juara bawah 18 tahun perempuan,Mana mana pasukan yang menjadi juara keseluruhan pada tahun ini akan menang sorak sahaja kerana sebahagian pemain mereka tidak mencapai tahap yang boleh dibanggakan.Lihatlah apa yang berlaku dikejohanan peringkat MSSM tahun lepas.Kata kata semangat sahaja tidak akan mengubah realiti sebenar kualiti pemain pemain remaja Terengganu kerana pencapaian mereka setakat itu sahaja kerana sikap mereka yang hanya mementingkan sijil penyertaan sahaja.Dalam perkara ini kurangnya kesedaran dan kesungguhan ibu bapa untuk memberi sokongan kepada anak anak mereka dalam catur.Kepada pemain yang namanya tersebut di atas anda boleh lakukan lebih baik tahun ini.