Saturday, August 07, 2010

MAKSAK UPDATE

After 4 round of play Terengganu is leading group A after beating defending champion Sarawak 2.5 to 1.5.On the first board Hashim Jusoh could only managed a drew with Abang Mohd Reduan and Terengganu winning point came from Norazmi Mohd Nor who beat Lim Kian Hwa on board two.Games from other board result ended with a drew.Terengganu also beat Perlis and Penjara with 4-0 respectively.





Friday, August 06, 2010

MAKSAK TEAM TOURNAMENT STARTS TODAY

Maksak team tournament starts today at Puteri Park at Jalan Raja Laut Kuala Lumpur .Fifteen teams are taking in this annual event.Each team is divided into 3 group.Defending champion Sarawak is seeded first in group A.This tournament will end on Sunday.







Wednesday, August 04, 2010

ALFATIHAH : ALLAHYARHAM WAN ZAHMER WAN HID

Pagi tadi saya mendapat satu sms daripada telefon bimbit Wan Zahmer Wan Hid yang memaklumkan akan kepulangan beliau ke rahmatullah.Kemudian saya panjangkan mesej tersebut kepada kenalan beliau yang mungkin tidak mengetahui akan kematian beliau.Saya percaya ramai pemain catur generasi sekarang di Terengganu tidak mengenali siapa beliau sebenarnya.

Allahyarham seorang pemain catur yang prolifik serta penuh dengan humour dengan sesiapa yang mengenali beliau.Objektif beliau dalam permainan catur ialah mudah sahaja iaitu mencari check mate yang mudah dengan menggunakan kombinasi Bishop dan Queen.Di kalangan pemain pemain catur di Terengganu dan Kelantan  kombinasi tersebut dipanggil  " buah dagu ".Beliau seringkali menggunakan teknik buah dagu bagi memenangi perlawanan catur.


Sebenarnya saya telah lama mengenali Allahyarham Wan Zahmer iaitu pada tahun 1980 atau 1981.Pada tahun tersebut  Persatuan Catur Negeri Terengganu (PCNT)telah diberi peluang untuk menjadi tuan rumah perlawanan serentak dengan seorang Grandmaster yang terkenal Raymond Keene dari England.Tugas Allahyarham ialah untuk mengiringi GM Keene disepanjang perlawanan serentak tersebut yang mana telah diadakan di Tapian Gelangang Jalan Pasir Panjang Kuala Terenganu.

Sejak dari tarikh tersebut Allahyarham sentiasa berhubung dengan saya memandangkan beliau pernah memegang Jawatan dalam PCNT sebagai ahli jawatankuasa sehingga pernah dilantik sebagai naib pengerusi.
 
Marilah kita sedekahkan Alfatihah kepada Allahyarham dan berdoa supaya beliau ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.ALFATIHAH