Tuesday, January 10, 2012

NEW ARRIVAL : CHESSBASE 11




Chessbase 11 baru sahaja sampai, tanpa membuang masa saya bersengkang mata lagi untuk meninjau apa yang ada dalam versi terbaru  ini.Dengan menggunakan Chessbase 11 pencatur mungkin tidak memerlukan sebarang buku teori pembukaan lagi kerana hampir segala gala teori permainan terkini boleh diperolehi dengan hanya dengan klik sahaja.Dengan butang "fasionable Variation " anda serta merta akan tahu variasi mana yang terkini.

Persoalannya siapakah harus membelinya ? Terus terang saya berpendapat ianya lebih sesuai digunakan oleh pemain yang berpengalaman atau jurulatih catur.Pemain pemain tahap permulaan lebih sesuai membeli Fritz 13 dan sudah memadai dengan database yang tersediaada  dalam fritz 13.

Untuk maklumat tentang Chessbase 11 lanjut sila baca disini.

Pakej chessbase 11 ini saya jual dengan harga RM950

Kandungan pakej terdiri daripada
1.Chessbase 11
2.Big database 2012 (bernilai Euro 60.00 tanpa hantaran )
3.Majalah chessbase serta dvd ( Euro 20.00 tanpa hantaran)
4.Voucher Majalah chessbase untuk 3 keluaran ( Euro 60 untuk 3 keluaran)
5.Otomatik database upadate selama setahun.

Monday, January 09, 2012

NEW ARRIVAL : FRITZ 13



Banyak sudah diperkatakan tentang Fritz 13 versi terbaru ini.Setelah mencuba semalaman boleh saya sifatkan adalah lebih menyakin dari versi yang lalu terutamanya tentang " Let Check Analysis " sangat berguna kepada pemain catur tegar seperti saya.Adakah berbaloi membayar harga yang " mahal " untuk  versi terkini ini dan apakah faedah yang pengguna dapat ?

1.Enam bulan ordianary membership di playchess.com
2.Enam bulan premium membership di playchess.com
3.Sebagai premium membership anda berpeluang bermain simultan dengan grandmaster atau internasional master setiap malam (waktu Jerman )
4.Mendengar syarahan dari GM atau IM
6.Mengikuti siaran lansung kejohanan besar serta mendengar ulasan ( Premium member sahaja )
7."Add Chess Engine " ketika mengikuti siaran lansung.
8.Masuk pertandingan yang diadakan setiap malam (waktu Jerman ).Anda boleh menambah keahlian
   sekiranya menang sebagai mana yang telah saya lakukan dari masa ke semasa.

Pada pendapat saya sangat berbaloi untuk anda melabur RM280 untuk mendapat segala keistimewaan yang ada di playchess.com ini.Untuk maklumat lanjut sila sms kepada saya tel no : 012 9282811

Sunday, January 08, 2012

NEW ARRIVAL : DGT E BOARD

Stock baru bagi papan catur electronik sudah sampai.Sebagaimana anda sedia maklum Malaysia tidak pernah menyiarkan secara lansung di internet mana mana kejohanan catur yang dianjurkan.Dengan DGT e board anda boleh melakukannya sekiranya memilikinya.Langkah pertama anda boleh membeli terus daripada saya dengan harga yang sangat berpatutan serta lebih murah dari mana mana online shop.

Setelah mencuba menggunakan DGT e board saya mendapati setiap gerakkan yang dibuat serta merta dipaparkan di skrin komputer dan sempat juga bermain secara online di playchess.com.Saya juga cuba untuk memasang perisian yang membolehkan perlawanan dilansungkan terus ke internet tetapi tidak berjaya, mungkin saya tidak mempunyai website atau tidak memahami arahan yang telah diberikan.Selepas ini saya terpaksa bertanyakan kepada seseorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini kerana saya bercadang untuk menyiarkan secara lansung sekurang kurang satu perlawanan semasa kejohanan catur MSSM di Kuala Terengganu pada bulan Jun nanti.



Untuk pakej ini dijual dengan harga RM3350


NEW ARRIVAL : DGT NORTH AMERICAN CHESS CLOCK



Makluman kepada semua stock baru bagi jam digital jenama DGT North American (DGTN NA)telah sampai dan anda boleh membeli jam jam tersebut dengan harga promosi ( 3 hari sahaja ) RM270 termasuk pos.Selepas ini jam tersebut akan dijual dengan harga RM290.Harga yang ditawarkan dijamin lebih murah daripada mana online chess shop.Pihak kami boleh menandingi mana harga yang ditawarkan oleh mana mana online chess shop.Sebagai mengedar dan pengimport jam jenama DGT kami mengalu alukan sebarang pertanyaan anda.

Jadi apa bezanya DGT NA dengan DGT 2010 nie ? Dari segi rekabentuk ianya adalah sama sahaja cuma yang berbeda adalah warnanya.DGT 2010  terbaharu mempunyai jalur biru manakala DGT NA mempunyai jalur merah .Bagaimana dengan fungsinya pula ?

DGT NA mempunyai 23 pilihan untuk ketetapan masa berbanding DGT 2010 yang mempunyai 36 ketetapan masa.Memandangkan kebanyakan ketetapan masa yang pelbagai jenis jarang digunakan atau hampir tidak  digunakan maka DGT NA  ini sangat sesuai untuk anda membelinya dan setiap jam dijamin 15 bulan.Sebarang pertanyaan sila hubungi saya Muhammad Arshad  012 9282811.