Sunday, January 08, 2012

NEW ARRIVAL : DGT E BOARD

Stock baru bagi papan catur electronik sudah sampai.Sebagaimana anda sedia maklum Malaysia tidak pernah menyiarkan secara lansung di internet mana mana kejohanan catur yang dianjurkan.Dengan DGT e board anda boleh melakukannya sekiranya memilikinya.Langkah pertama anda boleh membeli terus daripada saya dengan harga yang sangat berpatutan serta lebih murah dari mana mana online shop.

Setelah mencuba menggunakan DGT e board saya mendapati setiap gerakkan yang dibuat serta merta dipaparkan di skrin komputer dan sempat juga bermain secara online di playchess.com.Saya juga cuba untuk memasang perisian yang membolehkan perlawanan dilansungkan terus ke internet tetapi tidak berjaya, mungkin saya tidak mempunyai website atau tidak memahami arahan yang telah diberikan.Selepas ini saya terpaksa bertanyakan kepada seseorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini kerana saya bercadang untuk menyiarkan secara lansung sekurang kurang satu perlawanan semasa kejohanan catur MSSM di Kuala Terengganu pada bulan Jun nanti.



Untuk pakej ini dijual dengan harga RM3350


3 comments:

Anonymous said...

mahalnya .. :(

Muhammad Arshad said...

Dijamin Lebih murah daripada mana mana online chessshop on the planet

Anonymous said...

papan catur getah ada dijual tak? warnanya hijau dan putih...kalau ada tolong bagi tahu...