Saturday, February 16, 2008

HAQ DAN ROSLINA

Tahun lepas bila saya dengar Haq dan Roslina berkahwin saya tak "terkejut sangat " sebab saya dah tahu "percintaan " pasangan yang secocok ini .Apa yang menariknya Haq selalu di acah oleh Azahari Mohd Nor (bekas pemain Kelantan yang kini menghilang)untuk mengurat Roslina.Saya kenal sejak mereka dari sekolah rendah lagi,Kali pertama Haq memasuki kejohanan catur ialah pada tahun 1990 (?) di kejohanan catur terbuka Terengganu yang dianjurkan oleh Persatuan Catur Negeri Terengganu.Beliau menyertai kategori bawah 12 tahun dan muncul antara pemenang.Saya sering bertemu dengan kedua kedua pemain ini dikejohanan peringkat Kebangsaan.Ketika itu saya aktif sebagi Arbiter dan pemain.Haq juga belajar di MRSM Kuala Terengganu ketika di sekolah menengah.
Minggu lepas bila menyusun balek file yang berserabut atas meja tu ,saya terjumpalah file permainan di antara pasangan suami isteri ini , saya tak mahu komen banyaklah pasal game tu mungkin anda boleh buat analisa sendiri bagaimana Roslina mengalahkan Haq.Mungkin masa tu Haq sengaja mengalahkan diri sendiri untuk menawan hati Roslina tak tahu lah.

LANGKAH BESTARI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Langkah bijak Kerajaan Negeri Terengganu dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Idris Jusoh untuk memulakan pencarian jaguh catur Terengganu disifatkan oleh peminat catur tempatan adalah bertepatan dan kena pada masanya memandangkan pemain negeri Terengganu khususnya agak terkebelakang dalam arena catur negara.Walaupun mempunyai bilangan pemain yang menonjol diperingkat Kebangsaan kekurangan pertandingan diperingkat negeri dan daerah membantut usaha untuk peningkatan pemain yang terlibat.Dengan jaminan dari Kerajaan negeri untuk menganjurkan 7 kejohanan sepanjang tahun ini adalah sangat dialu alukan oleh semua pihak.Selain daripada itu pengelibatan Jabatan Pelajaran Terengganu melalui pengerusi teknik daerah masing masing adalah sangat diperlukan bagi memastikan kejayaan kejohanan yang dirancang ini.

PENCARIAN JAGUH CATUR TERENGGANU

Bermula pada 01hb Mac 2008 disetiap daerah dalam negeri Terengganu akan dianjurkan kejohanan catur yang melibatkan tiga kategori penyertaan iaitu kategori terbuka , bawah 18 dan bawah 12 tahun.Kejohanan ini terbuka kepada rakyat negeri Terengganu sahaja dan mereka yang bekerja di negeri ini sahaja.Hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 diperuntukkan bagi setiap daerah.Sepuloh pemenang bagi setiap kategori akan dipilih untuk bertanding dalam lima siri kejohanan sehingga penghujung tahun ini.Siri terakhir dijangka pada 5hb hingga 9hb Disember 2008.Maklumat lanjut tentang tempat dimana kejohanan berlansung di tempat anda akan dimaklumkan kemudian.

Thursday, February 14, 2008

PENCARIAN JAGUH CATUR TERENGGANU


Kerajaan negeri Terengganu melalui Pusat Minda Terengganu akan memulakan Pencarian Jaguh Catur Terengganu bermula pada 1hb Mac di semua daerah secara serentak.Adalah dijangkakan seramai 1400 pemain akan mengambil bahagian dalam kejohanan sehari tersebut.Sebanyak tiga kategori penyertaan dipertandingkan iaitu terbuka ,bawah 18 tahun dan bawah 12 tahun.Jumlah hadiah wang tunai untuk setiap daerah ialah sebanyak RM3,000.Dengan jumlah keseluruhan RM21,000.
Sepuluh pemenang setiap kategori setiap daerah akan dijemput untuk menyertai kejohanan peringkat negeri yang seterusnya akan bertanding untuk lima siri bagi memilih 30 orang pemain terbaik yang akan bermain dalam kejohanan rated event yang akan diadakan pada 5hb hingga 9hb Disember 2008.Penyertaan kejohanan ini hanya terbuka kepada rakyat negeri Terengganu.Dengan adanya penganjuran kejohanan begini adalah diharapkan dapat mengcungkil dan mengilap pemain dari setiap daerah dalam negeri Terengganu.

Monday, February 11, 2008

MALAY OPEN SYAZWAN FINISHED 7TH PLACE

This year winner of Malay open was won by Abdullah Che Hassan of Johor after scoring 6.5 points.Abdullah Che Hassan who played briliantly as decribed by Nur Ilhamuddin Sheikh Ali.Meanwhile Terengganu school boy Mohd Syazwan Zukifli suprise everybody by beating former national player NM Mohd Kamal Abdullah in the last round to finish 7th place.This is a good achievment by the new generation Terengganu junior players.The other Terengganu players who also playing in the tournament but finished with 5 points is Nur Ilhamuddin Sheikh Ali losing 2 games to NM Zarul and Elias who is making comeback to chess competition.