Saturday, June 05, 2010

KONTIJEN CATUR TERENGGANU BERTOLAK PAGI ESOK

Kontigen MSST akan bertolak ke Perlis pagi esok.Seramai 36 orang pemain remaja Terengganu akan bertanding dalam kejohanan tersebut.Sebagai persediaan pelajar tersebut telah menjalani"latihan" selama sepuloh hari di Besut.Sepanjang penyertaan pemain pemain Terengganu di kejohanan MSSM hanya beberapa pemain telah berjaya mencatat kejayaan dalam kejohanan tersebut antaranya Farhana Husainy Hasbullah (1989) tempat ke 2 bagi kategori bawah 12 tahun.Sekarang dah bergelar doktor.Abdul Kadir Jailani Ramli juara bawah  15 tahun (2007) dan Mohd Syazwan Zulkifli dan Abdul Kadir Jailani tahun 2008 bagi kategori bawah 18 tahun.

Pada tahun ini harapan disandarkan kepada Mohd Khairul Nazrin dalam kategori bawah 18 tahun lelaki ,Mohd Aiman Zakwan Azmi bagi kategori bawah 15 tahun lelaki ,Siti Aisyah Sabirin bagi kategori perempuan bawah 12 tahun dan Ariffarae Mohd Salim bagi kategori bawah 12 tahun lelaki.Terengganu juga menaruh harapan untuk mendapat pingat dalam acara 18 tahun lelaki berpasukan.

Harapan Terengganu untuk mendapat pingat atau 10 tempat terbaik dalam acara lain nampaknya agak sukar memandangkan kualiti sebahagian besar pemain tidak mencapai tahap yang boleh dibanggakan.Masalah ini sudah lama berlarutan kerana sebahagian besar pelajar tidak ingin mengambil inisiatif untuk meningkatkan tahap permainan masing masing dan hanya berpuas hati dengan hanya menyertai 1 atau 2 kejohanan yang dianjurkan oleh MSST.Selepas kejohanan ini berakhir maka golongan pelajar ini berpuas hati dengan sijil penyertaan yang diperolehi dan menunggu peluang untuk mewakili negeri dikejohanan yang sama pada tahun depan.
               Siti Aisyah Sabirin berpeluang merangkul emas P12
Selain daripada itu guru guru yang terlibat perlu menjelaskan situasi sebenar kepada ibu bapa tentang senario catur di Malaysia supaya langkah langkah tertentu dapat diambil bagi memperbaiki keadaan.Perkara ini telah lama dibiarkan berlarutan dan boleh dikatakan pemain pemain remaja Terengganu dijadikan budak belasahan kepada pemain remaja dari negeri lain.Boleh dikatakan hampir kesemua guru guru yang terlibat di Terengganu ini akan menyepikan diri apabila kejohanan peringkat MSST berakhir.Tanpa usaha dan kerjasama semua pihak maka catur diperingkat sekolah Terengganu akan terus kekal seperti sedia ada.Sila klik disini untuk melihat keputusan penuh kejohanan MSSM yang diadakan di Selangor tahun lepas. 

Tuesday, June 01, 2010

RYBKA 4


I already ordered my Rybka 4 and expecting to arrive in Malaysia next week.I ordered Rybka 4 togather with Rybka Opening book with intention for my personal usage.But I was thinking to order Deep Rybka 4 ... but quite expensive for me since I am just regular player.Let go to Chessbase homepage to read what the Rybka 4 authors has to say about this version.

To buy Rybka 4 contact me