Saturday, March 01, 2008

PENCARIAN JAGUH CATUR TERENGGANU

Petang tadi telah berakhir peringkat pertama pemilihan bagi pencarian jaguh catur Terengganu yang telah dilansungkan di lima daerah di negeri Terengganu.Hampir 1000 pemain telah mengambil bahagian dalam kejohanan pada hari ini.Sementara itu daerah Setiu ,Ulu Terengganu dan Kemaman yang telah ditunda akan diadakan pada 22hb Mac ini di daerah masing masing.Pemain yang tidak memenangi sebarang hadiah boleh memilih untuk meneruskan cabaran pada tarikh tersebut.Sementara itu di Kuala Terengganu pemain sedang meningkat Md Syazwan Zulkifli telah berjaya menjuarai sirkit di Kuala terengganu.Tempat kedua dimenangi oleh Hashim Jusoh.
Di Kuala Terengganu Utara pemain veteran Ramli Setapa berjaya menjuarai kejohanan sirkit Kuala Terengganu Utara.Di Dungun Abdul Rahim Ramli berjaya menjuarai kejohanan diikuti oleh Nor azmi Mohd.Di besut pula pemain simpanan MAKSAK Terengganu telah memenangi peringkat Setiu.Di Marng pemain perpegalaman Ghani Kadir berjaya menjuarai kejohanan ini. Senarai nama penuh pemenang akan diumumkan kemudian.

Thursday, February 28, 2008

PERUBAHAN TARIKH

Dimaklumakan kepada semua peserta yang bercadang untuk menyertai kejohanan Pencarian Jaguh Catur Terengganu di daerah yang disenaraikan berikut Ulu Terengganu , Setiu dan Kemaman dengan ini kejohanan tersebut telah ditunda kepada 22hb Mac 2007.Anda masih lagi berpeluang untuk menyertai kejohanan yang sama daerah lain pada tarikh tersebut.Sebarang kesulitan sangatlah dikesali.

Sunday, February 24, 2008

PENDAFTARAN KEJOHANAN PENCARIAN JAGUH CATUR TERENGGANU

Kepada semua pemain yang berminat untuk menyertai kejohanan ini pada 1hb Mac di daerah masing masing.Sila pastikan anda datang awal ke lokasi kejohanan sebelum 8.30 pagi untuk mendaftar.Kepada pelajar sekolah tiada yuran dikenakan, lain lain peserta dikenakan bayaran sebanyak RM10 seorang sahaja.Sila pastikan anda mempunyai kelayakan untuk menyertai kejohanan ini.Sila hubungi yang berkenaan untuk pendaftaran.