Saturday, June 07, 2008

PENCARIAN JAGUH CATUR TERENGGANU

Minggu depan iaitu pada 13hb hingga 14hb Jun bertempat di Pusat Dangangan Terengganu bermulalah siri pertama daripada lima siri pertandingan untuk memilih pemain kepertandingan akhir yang akan diadakan pada pertengahan Disember 2008.Seramai 210 peserta dari seluruh daerah dijangka akan beratnding dalanm tiga kategori penyertaan iaitu terbuka ,bawah 18 tahun dan bawah 12 tahun.Setiap kategori akan diwakili 10 pemenang yang terpilih melalui kejohanan peringkat daerah yang telah diadakan pada bulan mac dahulu.Dikejohanan peringkat negeri ini saingan pastinya sengit dimana jaguh jaguh catur daerah akan bertanding untuk merebut hadiah wang tunai yang berjumlah RM5,000.Peserta favourite bagi kategori terbuka ialah Mohd Syazwan Zulkifli , Abdul Kadir Jailani disamping itu pemain berpengalaman Hashim Jusoh ,Norazmi Mohd Nor dan beberapa pemain lain.Semua peserta diminta untuk melapurkan diri jam 8.00 pagi pada hari kejohanan.
  • Tarikh kejohanan 13hb hingga 14hb Jun 2008
  • Tempat Pusat Dangangan Terengganu (Planeterium)
  • Kategori ( Open , Bawah 18 tahun dan bawah 12 tahun)
  • Kawalan masa ( 30 minit seorang hingga tamat)
  • Yuran masuk (RM10 untuk kategori terbuka sahaja)
  • Jadual kejohanan ( Pusingan pertama 9.00 pagi)
  • Lapur diri (8.00 hingga 8.30 pagi)
  • Hadiah (sila rujuk blog arkid)
  • Jumlah pusingan ialah 7 pusingan
  • Hubungi Muhammad Arshad 01 2921 0841

No comments: