Thursday, May 08, 2008

PESTA CATUR MSSM TERENGGANU


Kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Sekolah Terengganu akan bermula pada 8hb hingga 10hb Mei 2008 bertempat di SMK Kompleks Seberang Takir.Seramai 200 peserta dari semua daerah Terengganu akan bertanding dalam 6 kategori penyertaan iaitu bawah 12 tahun lelaki dan perempuan ,bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.Selain daripada acara individu ,acara berpasukan juga akan dipertandingkan.6 pemenang setiap kategori akan terpilih untuk mewakili Terengganu dikejohanan peringkat Kebangsaan yang akan diadakan Ayer Keroh D Village Melaka penghujung bulan ini.
Pada kejohanan yang sama tahun lepas daerah Dungun telah muncul juara keseluruhan,walau bagaimana pun pada tahun ini Dungun menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kejuaraan tersebut memandangkan ramai pemain telah melebihi usia persekolahan.Kuala Terengganu Selatan dijangka memenangi sekurang kurang tiga acara individu dan satu acara berpasukan.Acara bawah 18 tahun lelaki dan perempuan hampir pasti dimenangi oleh Siti Nur Raihan dan Md Syazwan Zulkifli dan acara bawah tahun lelaki juga dijangka dimenangi oleh Md Huzaimi Abd Jalal.ketiga tiga pemain tersebut telah berjaya mencapai kedudukan sepuloh terbaik dalam kejohanan peringkat Kebangsaan.
Bagi acara bawah 15 tahun lelaki , pemain dari Dungun dan Besut akan menentukan kejuaraan jika Sidek Husainy memilih untuk tidak bermain dalam kejohanan ini.Bagi acara bawah 12 tahun perempuan Nurliyana Zulkifli dari Dungun dijangka tidak menghadapi masalah untuk mempertahankan kejuaraannya berdasarkan prestasi semasa beliau.
Dari 200 orang peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini hanya SEBAHAGIAN KECIL sahaja yang mempunyai mempunyai teori permainan yang agak baik dan berupaya bertanding dengan pemain dari Kuala Lumpur, Selangor atau Pulau Pinang.Manakala lain lain pemain hanya sekadar untuk mendapat catatan dalam sijil berhenti sekolah mereka.,dalam hal ini sokongan keluarga adalah penting untuk membantu untuk memajukan acara yang diceburi anak anak masing masing.Guru guru telah dibebani dengan pelbagai tugas lain.

No comments: