Kejohanan catur MSSM telah berlalu dan saya berkesempatan berkampung di Pulau Pinang sepanjang kejohanan berlansung.Perjalanan ke Pulau Pinang mengambil masa tujoh jam dari bandar Kuala Terengganu dan kami bergilir gilir memandu kereta sambil menikmati pemandangan yang indah disepanjang perjalanan terutama di lebuhraya timut barat.
Boleh dikatakan saya pergi hampir kesemua negeri tuan rumah kejohanan catur peringkat MSSM semenjak awal tahun 90an dulu hingga lah sekarang.Itu tidak termasuk semasa saya di sekolah menengah dulu.Negeri Sembilan suatu masa dulu kerap kali menjadi tuan rumah kejohanan ini semasa Charlie Chan menjadi pengerusi teknik.(PT).
Kejohanan kali ini telah berlansung di Tanjung Bungah Beach Hotel.Walau bagaimana pun dewan yang disewa (ditaja oleh Presiden Catur Penang) agak kecil untuk memuatkan hampir 600 peserta serta pegawai kejohanan.Ada juga dikalangan guru pengiring serta ibu bapa yang tidak begitu berpuas hati kerana tidak dapat melihat anak anak masing beraksi.Mungkin perkara ini dapat di atasi sekiranya pihak tuan rumah mempunyai peruntukkan yang lebih besar bagi menyewa dewan yang lebih selesa.
Dalam pada itu ada juga negeri yang dakwa undian untuk pusingan akhir bagi kategori tertentu telah dibuat secara insani.Bagi saya itu cuma andaian kosong sahaja padahal MSSM telah membuat kursus mengendalian Swiss Manager beberapa minggu sebelum ini.
Negeri negeri pantai barat terus menguasai acara ini sejak sekian lamanya manakala lain lain negeri sekadar untuk melengkapkan penyertaan sahaja.Dalam kontact ini saya melihat sebahagian besar pemain pemain catur yang mewakili negeri Terengganu dikejohanan ini nampaknya sudah berpuas hati " terpilih" mewakili Terengganu keperingkat Kebangsaan.Saya tidak nampak kesungguhan serta keazaman atau berusaha untuk mencapai yang terbaik dikejohanan ini.
Pemain generasi sekarang boleh dikatakan mempunyai aksess kepada internet,kejurulatihan dan kejohanan bagi memantapkan permainan masing masing.Saya perhatikan majoriti pemain yang bertanding di Pulau Pinang ini, kejohanan terakhir mereka sertai ialah semasa kejohanan catur peringkat MSST bulan Februari lalu.Bila dah selamat terpilih pemain pemain ini hanya tunggu panggilan " latihan pusat " dan menikmati perjalanan ke negeri tuan rumah.
Menurut seorang guru yang bertahun terlibat dengan acara catur berkata "ini lah yang terbaik kita ada" ".Negeri negeri lain corak pemilihan pemain adalah lebih ketat.Contoh nya hanya johan layak terus mewakili negeri manakala 10 pemain terbaik dikejohanan peringkat negeri akan melalui sessi pemilihan yang kedua.
3 comments:
Betul tu. Saya berharap di lain kali, hanya johan je yang sepatutnya layak mewakili Terengganu. Gunakanlah latihan pusat sebagai pemilihan terakhir. Di hari akhir latihan pusat, buat aje penyingkiran. Tak logik kalau 6 pemain yang bakal mewakili negeri dipilih bulat-bulat berdasarkan 1 kejohanan MSST. Kepada guru-guru, jangan hanya tunjuk muka masa kejohanan MSST sahaja.... Cuba usaha menghantar pelajar-pelajar ke kejohanan yang dianjurkan oleh TCA. Jangan lepas tangan...
Sistem latihan perlu diubah...Guru & pelajar hanya berlatih main catur bila ada pertandingan...Juara x boleh dilahirkan hanya dengan latihan 1-7 hari...Harap TCA dan pihak sekolah dpt bekerjasama...
Terima kasih di atas komen anda berdua.Harap yang berkenaan mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan.Ibu bapa perlu mengambil langkah yang lebih aktif bagi memajukan sukan catur di Terengganu khususnya,Trg mampu menguasai sukan catur sebagaimana yg dibuktikan dlm Sukma.Guru guru yg acuh tak acuh lebih baik beri peluang kpd org lain bukan buat kerja semata semata kerana claim sahaja.Utk pengetahuan semua 99 peratus guru yg terlibat dlm "latihan pusat" msst tidak pernah memasuki mana mana pertandingan catur sekurang kurangnya semenjak 20 tahun lepas.Disebabkan tiada ibu bapa serta pemain yang mengambil serius dalam hal ini(latihan serta proses pemilihan),maka guru guru boleh lepas tangan sahaja.
Post a Comment