Malaysia's Major Chess Clock Importer

Sunday, June 24, 2012

CATUR MSSM 2012 : TERENGGANU MENANG EMAS

Kejohanan catur MSSM edisi 2012 telah berakhir 8hb Jun lalu.Kejohanan tersebut telah dilansungkan di Stadium Negeri Terengganu merupakan gelanggang kejohanan yang paling selesa kepada pemain ,pegawai kejohanan serta barisan penyokong masing masing.Kejohanan tersebut telah berjalan dengan lancar dan teratur.


Kedaicatur.com juga menaja penggunaan dgt e board bagi membolehkan satu perlawanan disiarkan melalui internet,satu langkah permulaan sebelum kearah penggunaan papan tersebut sepenuhnya di masa hadapan memandangkan penonton tidak dibenarkan masuk ke dalam gelanggang bagi melihat perlawanan.Jadi penggunaan dgt e board adalah penyelesaian yang muktamad walaupun memerlukan bajet yang tinggi.

Tuan rumah Terengganu akhirnya buat kali pertama berjaya merangkul pingat emas dalam acara individu lelaki bawah 18 melalui Muhammad Aiman Zakwan Azmi pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sheikh Abdul Malek.Dalam pertandingan enam pusingan tersebut beliau berjaya memenangi lima perlawanan berturut sebelum tewas dipusingan akhir kepada Muhd Irfan Nufail dari Johor.
MD AIMAN ZAKWAN JOHAN MSSM B 18
Pilihan pertama kejohanan Wong Jian Weng dari Kuala Lumpur tewas awal pusingan kedua.Dengan kejayaan tersebut Muhd Aiman Zakwan telah mencipta rekod sebagai pemain pertama dari Terengganu yang berjaya memenangi emas dalam acara individu lelaki bawah 18 tahun peringkat MSSM.
Siti Aisyah ke 4 kategori bawah 15
Beberapa tahun yang lepas Terengganu hampir berjaya memenangi emas dan perak dalam kategori acara yang sama tetapi disebabkan oleh kesilapan percaturan oleh pegawai pasukan yang berlagak pandai menyebabkan Terengganu hanya mendapat perak dan gangsa.
Siti Khadijah ke 7 kategori bawah 12

 
Dalam acara perempuan bawah 15 tahun Siti Aisyah Sabirin berjaya mengulangi rekod pencapaian yang lepas sukar bagi pemain dari Dungun ini untuk menandingi juara kategori ini Nur Nabila Azman Hisham. Siti Khadijah Sabirin yang bertanding dalam kategori bawah 12 tahun juga berjaya mendapat tempat ke lapan satu keputusan yang telah diduga.Pencapaian kedua dua pemain adik beradik hasil sokongan kuat dari ibu bapa mereka.
Aqiel Faeeq tempat ke 4 kategori bawah 12 tahun

Bagi Muhd Aqif Naquiddin Zahar dan Aqiel Faeeq Rosman yang bertanding dalam kategori bawah 12 tahun pula, kedua dua pemain ini berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pegawai pasukan,kedua dua pemain yang dalam proses pembikinan ini memerlukan sedikit masa lagi untuk memperbaiki kelemahan disamping perlu didedahkan dalam kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan tetapi bukan dalam kategori umur masing masing.

Akif tempat ke tujoh kategori bawah 12 tahun
Terengganu memerlukan tiga hingga lima tahun untuk menanding pasukan seperti Kuala Lumpur ,Selangor atau Pulau Pinang jika semua pihak memberikan sokongan serta kerjasama sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh negeri lain yang lebih maju.Proses ini memakan masa tetapi majoriti ibu bapa di Terengganu hanya mengharapkan guru guru melatih anak anak masing.


Majoriti pelajar yang berjaya terpilih mewakili negeri fikir dengan menyertai satu pertandingan sahaja sudah cukup menjadi bekalan untuk menghadapi cabaran di kejohanan peringkat Kebangsaan.Oleh kerana itu pencapaian pemain pemain Terengganu sudah boleh dijangka dari awal lagi dan proses ini akan terus berulang di tahun akan datang.

Apa pun saya mengucapkan tahniah kepada Muhd Aiman Zakwan , Siti Khadijah dan Siti Aisyah Sabirin,Aqiel Faeel Rosman dan Muhd Akif Naquiddin Zahar.

No comments: