Malaysia's Major Chess Clock Importer

Wednesday, July 20, 2011

KEJOHANAN CATUR MAKSAK MALAYSIA BERMULA ESOK

Kejohanan catur Majlis Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK}akan dilansungkan  21hb hingga 24hb Julai bertempat di Hotel Heritage Ipoh Perak.Sebanyak 13 pasukan negeri akan mengambil bahagian dalam kejohanan tahunan ini.Juara bertahan Kuala Lumpur telah diundi dalam kumpulan A bersama dengan pasukan Johor, Melaka dan Polis Diraja Malaysia.

Naib juara 2010 Terengganu telah diundi dalam kumpulan B bersama sama dengan Perlis ,Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia.Mengetuai kumpulan C ialah pasukan Sarawak ,Pahang,Perak, Penjara dan Negeri Sembilan.Berdasarkan undian yang telah dibuat pasukan Sabah serta Kelantan tidak akan mengambil bahagian.Kedua kedua pasukan tersebut mempunyai potensi untuk merebut lima tempat teratas.

Format pertandingan catur MAKSAK agak unik kerana juara dan naib juara setiap kumpulan akan bermain sesama sendiri bagi menentukan kejuaraan.Pasukan yang gagal layak ke liga pemenang akan juga bermain sesama sendiri bagi menentukan tempat keenam hingga ke tigabelas.

Pada tahun ini persaingan untuk merebut juara dijangka sengit dengan penyertaan beberapa pemain yang berpengalaman akan mewakili pasukan negeri masing masing.Kuala Lumpur akan diketuai oleh Kamalariffin Wahiduddin,Terengganu akan diketuai oleh Norazmi Mohd Nor,Johor akan diketuai oleh Taulani Tukiran dan Sarawak oleh Abang Mohd Reduan.Pasukan " dark horse " seperti Selangor dan Pahang  sudah tentu mencari barisan pemain terbaik bagi mencabar pasukan lain. 

Pembaca boleh mengambil bahagian dalam undian bagi meneka pasukan mana akan menjadi juara dalam kejohanan MAKSAK tahun ini.Tiga pembaca bertuah yang dapat mengundi dengan tepat pasukan yang menjuarai kejohanan ini akan menerima satu papan catur setiap seorang.Tarikh tutup ialah pada 23hb Julai 2011.Sila tinggalkan  nama dan no telefon dalan ruangan komen.



No comments: