Monday, July 26, 2010

DUNGUN BLITZ UPDATE: DEWAN PERTANDINGAN


Makluman kepada semua pemain catur Terengganu yang akan menyertai kejohanan catur kilat pada hari Sabtu 31hb ini  di UITM Dungun.Venue pertandingan telah di tukar kepada block 13B5 Uitm ,Dungun.Bagi memudahkan pergerakan ke venue pertandingan pihak Jawatankuasa Pertandingan akan menyediakan petunjuk arah.


Semua peserta di minta hadir selewatnya pukul 8 pagi.Pusingan pertama akan bermula jam 9 pagi.Kejohanan dijangka berakhir jam 2 petang.Kawalan masa untuk  kejohanan santai ini ialah 5 minit serta masa bonus 5 saat setiap gerakan yang dibuat.Peserta hanya perlu membayar RM5 sebagai yuran penyertaan dan hadiah wang tunai berjumlah RM600 telah disediakan sebagai hadiah.

Kejohanan catur kilat amat jarang diadakan di Terengganu jadi pada hujung minggu ini kita boleh mengenalpasti siapa juara catur kilat bagi negeri Terengganu.Antara pemain yang telah mengesahkan penyertaan ialah Ruzenan Abu Bakar ,Abdul Kadir Jailani ,Norazmi Mohd Nor ,Fairul Yusoff ,Hashim Jusoh, Suhaidi Mustaffa  dan Abdul Rahim Ramli.

Kejohanan ini diadakan sebagai sebahagian daripada latihan kepada pemain pemain catur MAKSAK Terengganu yang akan menyertai kejohanan tersebut pada 6hb hingga 7hb Ogos nanti di Kuala Kumpur.Selamat bertanding.





No comments: