Sejak terlibat dengan sukan catur jarang sangat saya tidak mengikuti rombongan MSST di kejohanan peringkat MSSM.Kejohanan ini sentiasa dinantikan oleh semua pelajar sekolah.Saya juga sangat teruja apabila anak tunggal saya Muhd Zarif Aiman buat pertama kalinya layak untuk mewakili MSST.Kehadiran saya dikejohanan ini sebagai jurulatih tidak rasmi MSST dan mengendalikan papan eletronik dgt board.
Bertanding di peringkat Kebangsan bukan perkara yang asing bagi anak saya kerana beliau sudah banyak kali menyertai kejohanan peringkat negeri dan antarabangsa.Pencapaian beliau kali ini tidak sebagaimana yang saya harapkan mungkin pada tahun hadapan di Sarawak pretasinya akan lebih baik.
Taiping adalah sebuah bandar yang mempunyai sejarah yang tersendiri serta dikelilingi oleh banjaran gunung ganang yang memukau mata memandang.Bangunan lama menghiasi bandar ini dan jarang jarang sekali di Malaysia anda boleh melihat 3 buah gereja lama dalam lingkungan satu kilometer.Pasukan catur MSST juga berkesempatan berkunjung ke zoo Taiping bagi melapangkan fikiran setelah berhempas pulas bertarung di papan catur.
Pencapaian pemain Terengganu kali ini sederhana sahaja.Muhammad Aiman Zakwan tidak dapat mengulangi pencapaian emas tahun lepas apabila tewas dipusingan akhir sekaligus hanya menduduki tempat keempat bagi kategori lelaki 18 tahun.Manakala Athiera Fatneen Rosman yang baru berusia 10 berjaya mendapat tempat keempat juga.
Tuah rumah Perak telah berjaya mengelolakan kejohanan ini dengan baik.Dewan permainan yang agak luas serta selesa untuk semua pemain serta pegawai kejohanan.Keputusan perlawanan serta undian perlawanan boleh diakses dengan mudah di chess-results.com.Disamping itu dua perlawanan juga disiarkan secara lansung di kedaicatur disetiap pusingan.Ketika Terengganu menjadi tuanrumah kejohanan tahun 2012 satu perlawanan berjaya disiarkan secara lansung melalui internet.Dengan penggunaan dgt e board perlawanan yang dianggap penting dapat disiarkan memandangkan penonton serta ibu bapa tidak dibenarkan untuk memasuki dewan pertandingan.Mungkin dimasa akan datang pihak penganjur dapat menyediakan lebih banyak dgt e board sekiranya mendapat peruntukkan kewangan.
Tahun ini MSST mengambil pendekatan yang berbeza dari tahun yang sebelumnya segi penyedian pemain dengan menlantik guru yang berpengalaman dalam sukan catur sebagai jurulatih.Walau pun bilangan pemain yang ramai serta tahap yang berbeza kehadiran guru yang berpengalaman sedikit sebanyak dapat menyediakan pemain dikejohanan ini.Berbanding dimasa yang lalu latihan pusat sering dikendalikan oleh guru guru yang tidak berpengalaman dalam sukan catur dan seringkali pelatih hanya berlatih semasa sendiri tanpa tunjukajar.
Majoriti murid yang terpilih bagi mewakili MSST tidak mempunyai pengalaman bermain serta lemah dalam asas sukan catur.Sebenarnya tanggunjawab dalam latihan dan pendedahan dipikul oleh ibu bapa peserta dengan menghantar anak anak masing masing menyertai kejohanan.Majoriti peserta terpilih hanya bermain 12 pusingan dan 6 jam perlawanan secara kompetitif sangat tidak memadai untuk menghadapi cabaran dikejohanan yang besar diperingkat Kebangsaan.Kebanyakkan ibu bapa tidak menyedari persediaan perlu dibuat seawal mungkin supaya pemain lebih bersedia.Tahniah kepada yang berjaya kepada yang yang tidak berjaya anda masih berpeluang untuk pergi jauh dalam arena catur.
No comments:
Post a Comment