Sunday, April 24, 2011

MAKLUMAN KEPADA AHLI TERENGGANU CHESS ASSOCIATION

Makluman Kepada Ahli TCA.



Sempena Kejohanan Catur Terbuka Parlimen Dungun, Mesyuarat Agung TCA kali pertama akan diadakan di dewan Mayang Sari Resort pada 7 Mei 2011 (Sabtu) jam 11.30 pagi. Tuan/puan sebagai ahli TCA dijemput dan diharap dapat hadir ke mesyuarat tersebut.

AGENDA MESYUARAT AGUNG TCA TAHUN 2011
 
1. Ucapan pengerusi
2. Menerima dan mengesahkan minit mesyuarat agung Tahun 2010.(Tidak berkaitan)
3. Menerima dan meluluskan laporan ahli jawatankuasa berkenaan kegiatan persatuan sepanjang tahun 2010. (Tidak berkaitan)
4. Menerima dan meluluskan laporan bendahari dan penyata kewangan tahun 2010 yang telah diaudit. (Tidak berkaitan)
5. Pemlihan AJK Induk dan dua orang juru audit.
6. Pembubaran Jawatankuasa Penaja.
7. Ucapan Presiden Baru TCA.
8. Pembentanan usul (jika ada).
9. Hal-hal lain.


 
RINGKASAN PERLEMBAGAAN TERENGGANU CHESS ASSOCIATION


1. Objektif dan Fungsi JENIS KEAHLIAN   YURAN PENDAFTARAN  YURAN TAHUNAN  YURAN SEKALI
1.Gabungan           RM10.00                              RM100
2.Individu               RM10.00                              RM20.00
3.Seumur hidup    RM10.00                                                                  RM200.00
4.Ahli kehormat     RM10.00                              RM100.00
 
i) Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.
ii) Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh DUA tahun menyebabkan keahliannya terbatal.

iii) Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti sebanyak RM100. Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.

Mesyuarat Agung
Semua Ahli Individu yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari tahun tersebut adalah berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan berhak mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut.

i) Semua usul yang hendak dibawa kedalam Mesyuarat Agung Tahunan perlu dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

ii) Korum bagi Mesyuarat Agung hendaklah tidak kurang dari satu perdua (1/2) daripada bilangan keahlian yang layak mengundi.

iii) Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari masa yang ditetapkan, maka Mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh tiga puluh (30) hari.

4. Jawatankuasa Induk
Jawatankuasa Induk Persatuan hendaklah terdiri daripada :-

i) seorang (1) Presiden ; ii) seorang (1) Timbalan Presiden;

iii) seorang (1) Setiausaha iv) seorang (1) Bendahari

v) lima (5) orang Ahli Jawatankuasa .

5. Kewangan
Setiap ahli yang menjana tajaan kepada TCA boleh mendapat komisen tidak lebih daripada 5% nilai tajaan yang berkenaan. Pemberian komisen ini hanya dibuat setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Induk TCA

6. Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.


i) Untuk memilih atlet bagi mewakili negeri TERENGGANU dalam mana-mana pertandingan sukan CATUR peringkat kebangsaan.

ii) Mewakili negeri TERENGGANU dalam badan pengelola yang diiktiraf bagi mewakili sukan CATUR

2. Keahlian

Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Persatuan seperti berikut :-

No comments: