Malaysia's Major Chess Clock Importer

Thursday, April 21, 2011

KEJOHANAN CATUR SEKOLAH AGAMA TERENGGANU BERAKHIR

Kejohanan catur sekolah agama Terengganu telah berakhir petang tadi.Seramai 36 pemain lelaki dan  wanita telah bertanding dalam 6 pusingan pertandingan.Kejohanan dibahagikan kepada acara individu dan acara berpasukan.Juara Keseluruhan telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Agana Atas Sultan Zainal Abidin.Tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin serta tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama Mahmudiah.

Bagi acara individu wanita pula telah dimenangi oleh Siti Nurul wanidah Bohang dari sekolah agama Khairiah ,tempat kedua dimenangi oleh Nur Hidayati Solahudin dari sekolah agama Marang dan tempat ketiga dimenangi oleh Nur Hafiza Nurdin sekolah agama Mahmudiah.

Sementara itu kategori individu lelaki telah berjaya dimenangi oleh Muhammad Hanif Rosely dari sekolah menengah agama Sultan Zainal Abidin dan tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Hishamuddin Salman dari sekolah menengah agama atas Sultan Zainal Abidin.Tempat ketiga juga dikuasai oleh Ahmad Amirul Rahimi Abdul Ghazak dari sekolah menengah agama atas sultan Zainal Abidin.

Sila klick dibawah untuk keputusan penuh kejohanan

1.Kategori lelaki
2.Kategori wanita.



No comments: