Malaysia's Major Chess Clock Importer

Saturday, January 29, 2011

TERENGGANU CHESS ASSOCIATION: SATU PERMULAAN BARU

Abdul Rahim Ramli ketika membuat ucapan dikejohanan terbuka Kuala Brang yang lalu(gambar oleh shuhairah)

Persatuan Catur Negeri Terengganu (PCNT)kini dikenali dengan nama baru iaitu Terengganu Chess Association (TCA) berikutan pembatalan PCNT.Pesuruhjaya Sukan telah menerima permohonan pendaftaran baru bagi TCA serta telah didaftarkan pada bulan Disember tahun 2010.

Berikutan dengan itu satu mesyuarat agung bagi memilih ahli jawatankuasa diadakan pada 7hb hingga 8hb Mei 2011 bertempat di Mayang Sari Resort Dungun.Tarikh tersebut dipilih kerana kejohanan catur terbuka Terengganu akan diadakan pada tarikh dan tempat sebagaimana tersebut.


Sementara itu pada 26hb Februari ini jam 8.00 pagi bertempat di Sekolah Menengah Tengku Intan Zaharah akan diadakan kempen pendaftaran ahli serta pertandingan catur untuk ahli ahli.


Sila click https://secure.filesanywhere.com/fs/v.aspx?v=8a6a6a8e5b6274aa71a1 untuk borang pendaftaran ahli serta borang kebenaran penjaga.


Sumber : Prof Madya Haji Abdul Rahim Ramli (Pengerusi Penaja TCA)

5 comments:

zabbura2002 said...

kenapa PCNT dibatalkan ye cikgu?

muhammad arshad said...

Permulaan baru.Semua persatuan sukan kena berdaftar dengan pesuruhjaya sukan tidak lagi pendaftar pertubuhan

Syuhairah said...

Assalamualaikum En.Arshad

Sesiapa pun boleh menjadi ahli kan? Kalau dah isi borang, kepada siapa nak dihantar borang yang dah lengkap diisi dengan duit bayarannya?

muhammad arshad said...

semua org boleh jadi ahli asalkan bekerja . duduk di Trg,Borang leh bagi kat saya nanti

Nadia said...

Macam mana nak daftar kalau datang dari Kuala Terengganu. Melalui pos boleh ke?