Friday, December 03, 2010

20 SOALAN UNTUK ALIA : BAHAGIAN PERTAMA

Alia ketika di Sukan Asia 2010


Alia Azwa Anin Bakri ialah pemain catur Kebangsaan yang baru sahaja mendapat gelaran Women Fide Master (WFM) berdasarkan keputusan  yang baik semasa menyertai kejohanan catur Olympiad di Russia.

Saya dah lama " kenal " Alia semenjak beliau berusia enam tahun lagi ketika itu saya aktif di peringkat Kebangsaan.Mula didedahkan dengan pertandingan catur seawal usia enam tahun oleh ayahnya Encik Bakri Mat Drus.Berikut ialah jawapan yang diberikan oleh Alia.


  1. Bilakah anda dilahirkan ? 19hb Disember 1994
  2. Berapa orang adek beradik ? 3 orang , saya yang bongsu.
  3. Dimana anda bersekolah sekarang ? Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin dan sekarang di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah.
  4. Siapa yang mengajar anda bermain catur ?Ayah saya Encik Bakri 
  5. Kejohanan anda yang pertama ? MSSM Melaka pada tahun 2000
  6. Kejayaan anda diperingkat MSSM Melaka ?Johan bawah 12 tahun 7 tahun berturut,johan bawah 15 tahun 3 kali berturut serta johan bawah 18 tahun pada tahun 2010
  7. Semenjak bilakah anda mula mewakili Melaka ? Pada tahun 2004
  8. Sila nyatakan kejayaan anda diperingkat MSSM
         Tahun 2004 : Tempat ke 4 bagi kategori bawah 12 tahun (Labuan)
         Tahun 2005 : Naib Johan bagi kategori bawah 12 tahun (Johor)
         Tahun 2006 : Johan bagi kategori bawah 12 tahun (Terengganu)
         Tahun 2007 : Johan bagi katgeori bawah 15 tahun (Sarawak )
         Tahun 2008: Johan bagi katgeori bawah 15 tahun (Melaka )
         Tahun 2009: Johan bagi kategori bawah 15 tahun (Selangor)
         Tahun 2010: Johan bagi kategori bawah 18 tahun (Perlis )

     9. Kejayaan anda diperingkat Kebangsaan ?
         
Johan bagi kategori bawah 8 tahun, 10 tahun , 12 tahun ,14 tahun dan 16 tahun.


10. Kenangan yang anda tidak dapat anda lupakan semasa menyertai kejohanan di 
   peringkat Kebangsaan ?

   Time menang sesuatu event tu kut.hahaa. dan dapat ramai kawan. (:








         


No comments: