Sunday, July 04, 2010

KEJOHANAN CATUR MAKSAK TERENGGANU

Kejohanan catur MAKSAK Terengganu akan diadakan pada 24hb Julai bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu.Kejohanan ini diadakan bagi memilih pemain pemain bagi mewakili Terengganu di kejohanan MAKSAK peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 6hb hingga 8hb Ogos nanti.Pasukan catur MAKSAK pernah beberapa kali menjuarai kejohanan sepanjang sejarah penyertaannya.Pada tahun lepas Terengganu hanya menduduki tempat ke 5 berikutan prestasi yang hambar yang diberikan oleh sebahagian daripada pemain pemain.Berikutan dengan peningkatan serta kemasukan beberapa pemain baru sebagai anggota perkhidmatan awam oleh pasukan pasukan tertentu Terengganu dijangka menghadapi  cabaran yang lebih hebat dari tahun tahun sebelumnya.Berikut ialah peserta peserta yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai kejohanan MAKSAK Terengganu sehingga hari ini. 

No comments: