Malaysia's Major Chess Clock Importer

Saturday, June 19, 2010

TERENGGANU JUARA KESELURUHAN SUKMA 2010 (TERENGGANU NELANG)

Terengganu telah berjaya mempertahankan sebagai juara keseluruhan Sukan Malaysia edisi 2010 apabila mengumpul 47 emas ,30 perak dan 43 gangsa.Tempat kedua dimenangi oleh Selangor yang mendapat 43 emas,43 perak dan 58 gangsa.Sekaligus mengekalkan Terengganu mengekalkan kejuaraan ketika Terengganu menjadi tuan rumah pada tahun 2008.

Apa yang boleh pemain catur Terengganu boleh pelajari ialah atlit sukan Terengganu mampu membuktikan keupayaan mereka di arena sukan Kebangsaan.Saya percaya kejyaan atlit Terengganu adalah hasil usaha atlit itu sendiri serta sokongan kuat dari Persatuan masing masing serta ibu bapa serta jurulatih dan guru.

Tanpa sokongan semua pihak saya percaya Terengganu tidak boleh mencapai kejayaan cemerlang ini.Bagaimanapun catur di Terengganu masih lagi kurang mendapat sokongan dari pemain itu sendiri ,ibu bapa yang tidak memandang catur sebagai sukan yang boleh diceburi oleh anak anak masing masing.Selain daripada itu masalah birokrasi  disetengah setengah jabatan kerajaan sebagaimana yang dialami ketika penganjuran Pencarian Jaguh Catur Terengganu 2008 dulu.

Pada tahun 2008 ketika hendak memulakan Pencarian Jaguh Catur Terengganu saya ada mencadangkan kepada Menteri Besar ketika itu untuk menjadikan catur sebagai acara sampingan dalam Sukma 2008 bagaimana pun setelah pertukaran pucuk pimpinan ajenda tersebut terus berkubur.

Sekiranya atlit catur Terengganu mengambil pendekatan yang bersungguh sungguh serta disokong oleh semua pihak saya percaya Terengganu mampu untuk melahirkan juara sebagaimana yang dilakukan oleh negeri negeri lain seperti Selangor yang menjuarai keseluruhan acara catur di peringkat MSSM baru baru ini.

Anda boleh melihat pungutan pingat yang dimenangi oleh Terengganu disini.


No comments: