Malaysia's Major Chess Clock Importer

Thursday, May 06, 2010

KEJOHANAN MSST DI BESUT

Petang esok akan bermula kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Sekolah Terengganu di Sek.Men. Tengku Mahmud. Kesemua lapan daerah akan mengambil bahagian yang akan melibatkan 8 daerah dengan jumlah penyertaan seramai 192 peserta yang akan bertanding dalam 6 kategori penyertaan.Seramai 24 orang peserta akan terpilih bagi mewakili Terengganu di kejohanan peringkat MSSM yang akan diadakan di Perlis awal bulan Jun nanti.Beberapa kejutan telah berlaku di daerah Kuala Terengganu selatan ( KTS )Selasa lepas antaranya Muhammad Huzaimi Abdul Jalal yang bertanding dalam kategori bawah 15 tahun gagal terpilih bagi mewakili Kuala terengganu Selatan.Dalam kategori bawah 12 tahun Muhammad Zarif Aiman dari Sekolah Sultan Sulaiman 2 yang berusia 7 tahun layak mewakili KTS.Ini merupakan satu rekod kejohanan.Walaubagaimana pun perlu dingatkan kualiti sebahagian besar pemain bawah 12 tahun di Terengganu belum berada ditahap yang memuaskan.Kepada semua peserta kejohanan ini saya mengucapkan selamat berjuang semuga mendapat kejyaan.Untuk makluman keputusan terkini akan dimuat naik di chess-results.com.

No comments: