Monday, July 20, 2009

TERENGGANU GAGAL MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN

Abg Ahmad Reduan Pemain Papan pertama Sarawak


Pasukan Catur Maksak Terengganu gagal untuk menjuarai acara catur MAKSAK berpasukan dalam percubaan untuk menyamakan rekod Kuala Lumpur iaitu juara 3 kali berturut.Pasukan Terengganu yang dibarisi oleh Hashim Jusoh,Hisamullah Harun,Ahmad Rizal Othman , Nor Azmi Mohd Nor dan Abdul Rahim Ramli sekadar bermain dibawah keupayaan sebenar. Kesungguhan permainan pasukan Sarawak akhirnya mengulangi kejayaan tahun 2002 dengan muncul juara dengan mengutip 18.5 mata dengan meninggalkan pasukan naib juara Kuala Lumpur yang hanya mendapat 16 mata.Pasukan Pahang yang mengejutkan Terengganu mengumpul 14.5 mata.Pasukan tuahrumah Kelatan mengalahkan Terengganu dipusingan akhir mendapat tempat keempat.Kegagalan pasukan Terengganu untuk mempertahankan kejuaraan diluar jangkaan sama sekali.Klik disini untuk keputusan penuh pusingan pemenang.


1.Sarawak 18.5
2.Kuala Lumpur 16
3.Pahang 14.5
4.Kelantan 14.5
5.Terengganu 14
6.PDRM 11.5
7.Johor 11.5
8.Perak 11.5

No comments: