Malaysia's Major Chess Clock Importer

Tuesday, June 16, 2009

KEJOHANAN CATUR MAKSAK TERENGGANU

Kejohanan catur Maksak Terengganu akan di adakan pada 3hb Julai bertempat di Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.Kejohanan sehari tersebut diadakan untuk memilih pemain bagi mewakili Terengganu dikejohanan catur Maksak Kebangsaan yang akan diadakan pada 17hb hingga 19hb July di Kota Bharu.Kejohanan kali ini ada sedikit perubahan dari segi kategori yang dipertandingkan iaitu kategori individu dan berpasukan.

Tarikh kejohanan : 3hb Julai 2009 ( Jumaat)
Tempat : Stadium Negeri
Yuran Masuk : RM10
Katgeori : Terbuka dan Berpasukan.

Syarat penyertaan :

1. Terbuka kepada semua anggota kerajaan.
2.Minima 4 pemain untuk membentuk satu pasukan.
3.Bebas memilih mana mana pemain untuk membentuk satu pasukan,asalkan
semua pemain anggota kerajaan. Contoh : Pemain A bekerja dengan UDM tetapi memilih untuk bermain mewakili UITM.
4.Mata kumpulan dikira berdasarkan kutipan mata individu.
5.Setiap Jabatan boleh menghantar satu atau lebih pasukan.
6.Johan kumpulan tidak semestinya dipilih mewakili negeri ke kejohanan Maksak Kebangsaan.


Harapan pasukan Terengganu untuk mempertahankan kejuaraan Maksak Malaysia adalah cerah dan mampu untuk menghadapi cabaran pasukan Kuala Lumpur dan Sarawak yang merupakan antara pasukan yang terkuat.Mengikut undian terbaru Sarawak berada dalam kumpulan yang sama dengan pasukan Terengganu.


No comments: