Malaysia's Major Chess Clock Importer

Monday, March 23, 2009

ANALISA PENCAPAIAN TERENGGANU DI MSSM

Kalau diikutkan memang saya tak ada kena mengena dengan pengelibatan MSST dikejohanan catur MSSM di Selangor minggu lepas, tetapi saya rasa perlu jugak menyuarakan rasa terkilan saya dengan pencapaian pasukan Terengganu dikejohanan peringkat Kebangsaan.

Saya terfikir program pencarian jaguh catur Terengganu (PJCT) tahun lepas tidak berkesan untuk menaikkan mutu permainan pelajar sekolah sekolah Terengganu.Ratusan ribu ringgit telah dibelanjakan untuk menjalankan program tersebut dan telah tidak menampakan hasilnya Terengganu terus gagal untuk membawa pulang walaupun sebutir emas.Kelantan ,Perak dan Melaka walau pun tidak mempunyai program tersebut tersenyum bangga kerana dapat membawa pulang pingat emas , kenapa tidak Terengganu ?

Ramalan saya tentang pencapaian Terengganu dikejohanan ini 95 peratus tepat , saya terlepas pandang tentang pemain bawah 15 tahun Noor Fatin Wan Mohd Zani sahaja.Pasukan bawah 18 tahun lelaki yang saya ramalkan mendapat temapt ke tiga hanya berjaya mendapat tempat keempat.Siti Nor Raihan Mohd Shaifuddin menepati ramalan saya dengan menduduki tempat ke 5.Walau pun beliau berpeluang mengondol emas sekiranya memenangi perlawanan di pusingan ke tujoh.

Pemain bawah 15 tahun Mohd Aiman Zakwan berjaya merebut tempat ke 10 dan Ahmad Syawal tempat ke 9 bagi kategori bawah 12 tahun.Ahmad Faez Azmi dan Mohd Amirul Zahanuddin masing memenangi hadiah papan terbaik bagi papan satu dan empat bagi kategori 15 dan 18 tahun berpasukan.Siti Aisyah Sabirin juga berjaya menduduki temapt ke enam bagi kategori bawah 12 tahun.Jika dinilai hampir semua pemenang dikejohanan MSSM ini aktif dalam program PJCT .Perlu diingatkan bahawa hampir kesemua negeri yang mengambil bahagian lebih memberikan tumpuan kepada acara berpasukan dan membariskan pemain yang " lemah " untuk bertanding dalam acara perseorangan.

Sebenarnya apa yang berlaku semasa program PJCT hendak dilancarkan hampir kesemua guru guru yang terlibat dengan program tersebut menentang cadangan saya untuk menyekat pemain MSST daripada bermain dalam kategori umor masing masing.Ideanya senang sahaja ,kita nak memberikan pendedahan yang maksimun kepada pemain pemain ini, tetapi guru guru yang terlibat lebih suka meraikan " kejayaan " pelajar dalam PJCT ini disekolah masing supaya nampak mereka hebat.Daripada 12 pemain daerah Dungun yang berjaya mewakili MSST hanya 2 orang pemain mereka sahaja yang membawa pulang hadiah.Sebab itu saya awal awal lagi nyatakan Dungun pasukan yang menang sorak sahaja.Tetapi alasan yang biasa saya dengar ialah tu lah yang terbaik yang kita ada dan Jabatan melarang bukan cikgu terlibat.

Memang jelas majoriti pemain yang dipilih untuk bertanding diperingkat daerah kebanyakan main tangkap muat dan dipilih sekadar untuk melengkapkan jadual Jabatan dan sijil penyertaan .Sekiranya guru diperingkat sekolah memainkan lebih berkesan dengan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada ibu bapa tentang scenario catur Malaysia sudah tentu adanya lebih banyak perubahan yang boleh dicapai.Saya memahami sikap ibu bapa pelajar sekolah di Terengganu ini ,sekiranya mereka faham situasi sebenarnya sudah tentu mereka boleh bersama sama membantu menaikkan mutu catur di Terengganu.Guru guru pula kalau sibuk dengan program lain dan tak dapat menumpukan perhatian kepada acara catur lebih baik menyerahkan tugas tersebut kepada guru yang dapat menumpukan perhatian.Pelajar pula kalau tak berminat tak payah dipaksa untuk bermain catur.

Saya berpendapat dari skuad MSST sekarang ini pasukan bawah 18 tahun lelaki mempunyai harapan yang cerah di tahun hadapan, manakala pasukan 15 tahun lelaki juga mempunyai peluang juga.Saya fikir sukar pemain generasi sekarang ini untuk menandingi pencapaian Abdul Kadir Jailani Ramli ,Mohd Syazwan Zulkifli dan Siti Nor Raihan Mohd Shaifuddin.Mungkin 5 hingga ke 10 tahun akan datang mungkin kita akan mempunyai pemain sehebat mereka.Untuk keputusan lengkap kejohanan catur MSSM sila klik disini.

3 comments:

Anonymous said...

1)Sepatutnya guru-guru/jurulatih Catur MSST bekerjasama dengan PCNT dalam program latihan pemain catur...Bukan setakat pemain menghadiri latihan pusat dan kemudian berlatih bermain sesama sendiri...

2) Terengganu mempunyai ramai pemain catur berbakat dan mempunyai minat...tapi guru2 sukar memberi ruang dan bantuan secukupnya untuk perkembangan mutu permainan. Catur bukan permainan yang boleh berlatih dan pandai dllm masa seminggu..atau dua...Program latihan perlu berterusan sepanjang tahun....

3)Program latihan,kerjasama dari guru, ibu bapa, pejabat pendidikan, pemain catur dan persatuan amat penting untuk meningkatkan prestasi & pencapaian..

4) Mungkin perlu pihak yang disebut di atas mengadakan perbincangan/mesyuarat untuk mencari penyelesaian masalah ini...

TQ

Pencatur handalan TRG

muhammad arshad said...

Saya sokong Pencatur handalan TRG.Sepatutnya guru di TRG men contohi apa yg KL buat, perkara teknikal dlm permainan catur di laksanakan oleh bukan guru.Guru guru boleh concentrate dlm hal pengurusan budak budak.

Anonymous said...

Mungkim Saudara Md kita boleh usahakan mesyuarat/perjumpaan dengan ibu bapa, guru, serta pemain2 catur...ke setiap daerah seluruh Terengganu...Kej PJCT tahun 2008 berjaya menarik ramai penyertaan pelajar yg berminat untuk menyertai aktiviti catur...Usaha perlu diteruskan supaya minat pelajar2 ini berterusan...Saya merasakan pelajar2 ini amat berminat untuk mempelajari catur...Tinggal Kerjasama & perancangan pihak PCNT & pengurusan sekolah....

Pencatur Handalan Trg...