Malaysia's Major Chess Clock Importer

Monday, February 16, 2009

TERENGGANU PLAYERS IN CATUR MSSM 2009

Setelah kejohanan catur peringkat MSST berakhir Sabtu lalu, sudah tentulah semua pemain yang terpilih untuk mewakili Terengganu dikejohanan peringkat MSSM tidak sabar sabar lagi untuk mengikuti rombongan ke Klang nanti.Persiapan yang rapi perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pasukan di kejohanan tersebut.Namun agak sukar untuk meramalkan adakah pemain remaja Terengganu mampu membawa pulang sebarang pingat di kejohanan ini ?
Sebagaimana sedia maklum pada tahun lepas Mohd Syazwan Zulkifli dan Abdul Kadir Jailani Ramli mendapat tempat kedua dan ketiga bagi kategori bawah 18 tahun iaitu satu pencapaian terbaik oleh mana mana pemain Terengganu hampir 25 tahun lepas.Malah lebih baik daripada Hashim Jusoh, Nur Ilhamuddin Shaikh Ali,Lutfi Amir Abd Rahman ,Heng Aik Kiat.Namun bagitu sekelompok kecil pemain elit remaja Terengganu mampu memberi cabaran yang bermakna dikejohanan itu nanti dan berikut ialah ramalan pencapaian mereka.
Bawah 12 tahun perempuan :
1. Siti Aisyah Sabirin ( Sepuloh tempat terbaik ) Uncle bagi 1 unit DGT chess clock kalau top 5
Bawah 12 tahun lelaki
1.Mohd Huzaimi Abd Jalal ( Sepuloh tempat terbaik )
Bawah 15 tahun lelaki
1. Ahmad Faez Azmi (15 tempat pertama )
Bawah 18 tahun lelaki
1.Siddiq Husainy Hasbullah ( 15 tempat pertama )
2.Muhammad Khairul Nazrin ( 15 tempat pertama )
3.Muhammad Aminurrashid ( 15 tempat pertama)
Bawah 18 tahun perempuan.
1.Siti Nor Raihan Mohd Saifudin (10 tempat pertama)
Bagi acara berpasukan bawah 18 tahun lelaki pasukan Terengganu mempunyai peluang yang samarata dengan pasukan Kuala Lumpur ,Selangor , Pulau Pinang ,Johor .Ini hanya ramalan secara kasar sahaja berdasarkan keputusan tahun lepas prestasi semasa pemain Terengganu dikejohanan tempatan sepanjang tahun.

No comments: