Malaysia's Major Chess Clock Importer

Thursday, January 22, 2009

JADUAL KEJOHANAN CATUR MSST 2009

Berikut adalah jadual kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Sekolah Terengganu diperingkat daerah.Daerah Marang telah selesai menjalankan kejohanan di peringkat daerah yang telah berakhir pada 21hb Januari yang diadakan di Sekolah Menengah Pengkalan Berangan.Hampir 250 peserta telah mengambil bahagian.Dari keputusan yang diperolehi tiada banyak kejutan berlaku dalam semua kategori yang dipertandingankan.Berikut ialah jadual kejohanan di semua daerah lain di Terengganu.Kejohanan peringkat negeri akan diadakan pada 12hb hingga 14hb Februari bertempat di sekolah Menengah Padang Negara , Kuala Terengganu.

  • Dungun - 06 & 07 Feb 2009.
    Setiu - 31 Jan 2009.
    Kemaman - 31 Jan 2009.
    Hulu Terengganu – 28 & 29 Jan 2009.
    Marang - 19, 20 & 21 Jan 2009.
    Besut - 05, 06 & 07 Feb 2009.
    KTS - 03 &04 Feb 2009.
    KTU - 02 & 03 Feb 2009

1 comment:

ad6 said...

Mat, how to register for msst?