Saturday, March 01, 2008

PENCARIAN JAGUH CATUR TERENGGANU

Petang tadi telah berakhir peringkat pertama pemilihan bagi pencarian jaguh catur Terengganu yang telah dilansungkan di lima daerah di negeri Terengganu.Hampir 1000 pemain telah mengambil bahagian dalam kejohanan pada hari ini.Sementara itu daerah Setiu ,Ulu Terengganu dan Kemaman yang telah ditunda akan diadakan pada 22hb Mac ini di daerah masing masing.Pemain yang tidak memenangi sebarang hadiah boleh memilih untuk meneruskan cabaran pada tarikh tersebut.Sementara itu di Kuala Terengganu pemain sedang meningkat Md Syazwan Zulkifli telah berjaya menjuarai sirkit di Kuala terengganu.Tempat kedua dimenangi oleh Hashim Jusoh.
Di Kuala Terengganu Utara pemain veteran Ramli Setapa berjaya menjuarai kejohanan sirkit Kuala Terengganu Utara.Di Dungun Abdul Rahim Ramli berjaya menjuarai kejohanan diikuti oleh Nor azmi Mohd.Di besut pula pemain simpanan MAKSAK Terengganu telah memenangi peringkat Setiu.Di Marng pemain perpegalaman Ghani Kadir berjaya menjuarai kejohanan ini. Senarai nama penuh pemenang akan diumumkan kemudian.

3 comments:

Anonymous said...

umum la dengan keputusan penuh sekali


Yang benar
TOK GURU MUNG

Muhammad Arshad said...

Ok nanti selepas Mahaguru mu dpt semua result lah

Anonymous said...

Elok jugak kalau dapat bubuh gambar pemenang sekali.