Tuesday, March 25, 2008

PENCARIAN JAGUH CATUR TERENGGANU (SIRI 1 PERINGKAT NEGERI)


Bermula pada 5hb April bertempat di Pusat Dangan Terengganu Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pusat Minda (MINDCET) akan dilansungkan siri pertama pencarian jaguh catur Terengganu.sekurang kurang 240 orang peserta akan mengambil bahagian tiga kategori penyertaan iaitu terbuka ,bawah 18 tahun dan bawah 12 tahun.Selain daripada itu beberapa pemain wanita juga akan turut diundang bagi menyertai kejohanan ini.Langkah ini diambil bagi memberi pendedahan kepada pemain wanita Terengganu untuk mengembangkan bakat mereka sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan diperingkat Kebangsaan dimasa akan datang.Idea dari penulis hanya membenarkan pemain remaja yang mewakili negeri Terengganu bertanding dalam kategori terbuka tidak disokong oleh Pengerusi Teknik MSST.Pada pendapat penulis dengan pengelibatan pemain remaja ini di kategori terbuka boleh menambah pengalaman bagi pemain terlibat memandangkan persaingan sengit dikejohanan peringkat remaja kejohanan peringkat kebangsaan.Walau apa pun kita tunggu keputusan pertandingan 5 hb April ini.Kejohanan akan bermula 9.30 pagi dan akan bermain sebanyak 6 pusingan dengan kawalan masa 20 minit dengan tambahan masa 10 saat setiap pergerakan.
  • Hadiah Kategori Terbuka
  1. RM600
  2. RM500
  3. RM400
  4. RM300
  5. RM200
  6. RM150
  7. RM100
  8. RM100
  9. RM100
  10. RM100

  • KATEGORI BAWAH 18 TAHUN
  1. RM300
  2. RM250
  3. RM200
  4. RM150
  5. RM100
  6. RM90
  7. RM80
  8. RM80
  9. RM80
  10. RM80
  • BAWAH 12 TAHUN
  1. RM200
  2. RM180
  3. RM160
  4. RM120
  5. RM100
  6. RM60
  7. RM60
  8. RM60
  9. RM50
  10. RM50

2 comments:

Anonymous said...

mengapa hanya di mainkn dgn kawalan mse 20mnt seorg..sdgkn ini adalah tournament yg besar..pd pndapat sy dgn bermain hanya 20mnt tdk dpt mrasa 'feel' bmain catur yg sbenar...tq

Muhammad Arshad said...

kita akan main 20 minit diikuti dengan tambahan masa 10 saat setiap pergerakan. jadi masa bagi setiap pemain lebih kurang 30 minit.Untuk siri yg kedua kita akan bermain selama 2 hari akan menggunakan masa 40 minit time increment 20 saat.jadi masa permainan 1 jam seorang.Kita ada jam catur digital.cuma saya tak jelaskan penggunaan jam digital