Thursday, February 14, 2008

PENCARIAN JAGUH CATUR TERENGGANU


Kerajaan negeri Terengganu melalui Pusat Minda Terengganu akan memulakan Pencarian Jaguh Catur Terengganu bermula pada 1hb Mac di semua daerah secara serentak.Adalah dijangkakan seramai 1400 pemain akan mengambil bahagian dalam kejohanan sehari tersebut.Sebanyak tiga kategori penyertaan dipertandingkan iaitu terbuka ,bawah 18 tahun dan bawah 12 tahun.Jumlah hadiah wang tunai untuk setiap daerah ialah sebanyak RM3,000.Dengan jumlah keseluruhan RM21,000.
Sepuluh pemenang setiap kategori setiap daerah akan dijemput untuk menyertai kejohanan peringkat negeri yang seterusnya akan bertanding untuk lima siri bagi memilih 30 orang pemain terbaik yang akan bermain dalam kejohanan rated event yang akan diadakan pada 5hb hingga 9hb Disember 2008.Penyertaan kejohanan ini hanya terbuka kepada rakyat negeri Terengganu.Dengan adanya penganjuran kejohanan begini adalah diharapkan dapat mengcungkil dan mengilap pemain dari setiap daerah dalam negeri Terengganu.

No comments: