Saturday, February 16, 2008

HAQ DAN ROSLINA

Tahun lepas bila saya dengar Haq dan Roslina berkahwin saya tak "terkejut sangat " sebab saya dah tahu "percintaan " pasangan yang secocok ini .Apa yang menariknya Haq selalu di acah oleh Azahari Mohd Nor (bekas pemain Kelantan yang kini menghilang)untuk mengurat Roslina.Saya kenal sejak mereka dari sekolah rendah lagi,Kali pertama Haq memasuki kejohanan catur ialah pada tahun 1990 (?) di kejohanan catur terbuka Terengganu yang dianjurkan oleh Persatuan Catur Negeri Terengganu.Beliau menyertai kategori bawah 12 tahun dan muncul antara pemenang.Saya sering bertemu dengan kedua kedua pemain ini dikejohanan peringkat Kebangsaan.Ketika itu saya aktif sebagi Arbiter dan pemain.Haq juga belajar di MRSM Kuala Terengganu ketika di sekolah menengah.
Minggu lepas bila menyusun balek file yang berserabut atas meja tu ,saya terjumpalah file permainan di antara pasangan suami isteri ini , saya tak mahu komen banyaklah pasal game tu mungkin anda boleh buat analisa sendiri bagaimana Roslina mengalahkan Haq.Mungkin masa tu Haq sengaja mengalahkan diri sendiri untuk menawan hati Roslina tak tahu lah.

No comments: