Tuesday, June 08, 2010

KELAM KABUT DIPUSINGAN PERTAMA CATUR MSSM

Mengikut maklumat yang saya terima pusingan pertama bermula jam 4 petang lewat hampir 1 jam kerana masalah  pairing, contoh paling jelas ialah dua pemain perempuan bawah 12 tahun Terengganu telah didaftarkan bertanding dalam kategori bawah 18 tahun perempuan.Selain daripada itu sebahagian besar pemain Terengganu tidak diletakkan dalam senarai pilihan berdasarkan rating Kebangsaan masing masing.

Tidak diketahui samada Pengurus pasukan Terengganu terlupa untuk memasukan rating pemain atau kecuaian pihak tuan rumah untuk memeriksa status setiap pemain yang didaftarkan.Sikit sebanyak boleh menjejaskankan moral pemain yang terlibat.Sebagaimana amalan setiap tahun mesyuarat pengurus pasukan yang diadakan sehari lebih awal sepatutnya sudah boleh mengenalpasti nama pemain yang didaftarkan.

Walaubagaimana pun ianya tidak mematahkan semangat Ariffarae dari Terengganu (NR1311)yang diletakan sebagai pilihan yang ke 16 untuk mengalahkan Subramaniam Sivanesan dari Negeri Sembilan pemain pilihan kedua.Pemain bawah 12 tahun Siti Aisyah Sabirin berjaya memenangi pusingan pertama diikuti juga oleh adeknya Siti Khadijah Sabirin.Pemain bawah 15 tahun lelaki Muhd Aiman Zakwan Azmi hanya seri apabila bermain dengan pemain dari Pulau Pinang.Pasukan bawah 18 lelaki kalah 1.5 - 2.5 dengan Melaka hanya Mohd Khairul Nazrin papan pertama yang mencatat kemenangan dan setengah mata oleh Ahmad Faez Azmi.




1 comment:

ddd said...

slm... sebenarnya 2 kategori saja yang mula pukul 3.30 ptg bukan pukul 4.... itupun disebabkan pengurus pasukan Terengganu yang daftar pemain dlm kategori yang salah dan tidak memasukkan rating pemain dan tidak menyatakan pencapaian bagi mssm 2009.... ini semua tindakan pengurus pasukan... Harap maklum