Sunday, June 28, 2009

UNDIAN KUMPULAN KEJOHANAN CATUR MAKSAK MALAYSIA

Pasukan Terengganu bakal pertahankan juara


Undian bagi menentukan kumpulan bagi kejohanan catur berpasukan MAKSAK Malaysia telah dibuat,penyandang juara Terengganu berada dalam kumpulan A bersama sama dengan ATM ,Melaka dan pencabar tradisi Terengganu Sarawak.Pasukan Terengganu tidak akan menghadapi masalah untuk menjuarai kumpulan ini dan seterusnya mara kepusingan akhir.Kumpulan B pasukan Kuala Lumpur menjadi pilihan untuk menjuarai kumpulan ini diikuti dengan pasukan tuan rumah Kelantan,Penjara dan Negeri Sembilan.Kumpulan C diketuai oleh pasukan Pahang ,PDRM ,Perak Perlis dan Pulau Pinang.


Kejohanan catur MAKSAK peringkat Kebangsaan akan dilansungkan di Kota Bharu kelantan pada 17 hb hingga 19hb Julai ,sementara kejohanan peringkat negeri Terengganu akan diadakan pada 3hb Julai di Stadium Negeri ,Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.Pemain pemain yang dijangka akan layak untuk mewakili MAKSAK Terengganu ialah Hashim Jusoh,Norazmi Mohd Nor,Abdul Rahim Ramli dan Hisamullah Harun serta seorang pemain "baru" yang berpengalaman.Dengan kemasukan pemain " baru " ini sebagai anggota kerajaan sudah tentu pasukan Terengganu tidak akan menghadapi banyak masalah untuk mempertahankan kejuaraan MAKSAK pada tahun ini.Pasukan Kuala Lumpur dan Sarawak dijangka akan memberikan tentangan yang hebat kepada pasukan Terengganu.Mengikut undian yang diperolehi pasukan Selangor ,Labuan ,Kedah,Johor dan Sabah tidak akan mengambil bahagian.


KUMPULAN A.

1.Terengganu
2.ATM
3.Melaka
4.Sarawak

KUMPULAN B
1.Kuala Lumpur
2.Negeri Sembilan
3.Penjara
4.Kelantan

KUMPULAN C
1.Pahang
2.PDRM
3.Perak
4.Perlis
5.Pulau Pinang

No comments: