Friday, June 19, 2009

CATUR DI TERENGGANU SEMENJAK 25 TAHUN LEPAS


Tidak banyak diketahui tentang sejarah awal perkembangan catur di Terengganu bagaimana ianya berkembang.Perbualan saya dengan beberapa pemain veteran Terengganu dimana kebanyakan berusia 60 tahun ke atas menyatakan mereka mula mengenali catur semasa di Sekolah Menengah ditahun 1950an.Catur dimainkan dari semasa kemasa di tempat tertentu seperti di rumah ,wakaf dikampung tertentu seperti dijalan Pasir Panjang ,berhampiran Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu.Sepanjang pengetahuan saya tidak ada pengajuran kejohanan catur secara rasmi diadakan sehinggalah pada tahun 1970an.

Itupun diperingkat sekolah menengah dimana kejohanan diadakan untuk memilih pemain bagi memilih pemain dikejohanan MSSM ( Kejohanan catur MSSM 1973- Cikgu Lim Chin Eng sebagai pengurus pasukan) Salah seorang pemain yang terpilih ialah Chan Choong Eng sekarang guru di SMK Bukit Sawa.


Namun begitu kekurangan pertandingan tidaklah membantutkan perkembangan catur di Terengganu khususya di Kawasan Kuala Terengganu.Diantara tahun 1975 hingga 1988 adalah dianggarkan kurang daripada 20 pemain catur yang aktif di Kuala Terengganu kebiasannya mereka berjumpa setiap petang di Sekolah Bukit Jambul ( Jalan Air Jerneh ).Antara pemain yang aktif saya boleh ingatlah :

1.Mohammed Abdullah.
2.Mustaffa Mohammad (Juara terbuka Trg kali tahun petama 1988 )
3.Ali Haji Omar ( The pawn pusher )
4.Muhammad Ali ( anak kpd Ali Hj Omar - juara melayu malaysia 1983 )
5.Abdul Halim Ali (juga anak Ali Haji Omar)
6.Abdullah Abd Rahman
7.Alias Ismail
8.Sachlin Mail ( guru matematik berasal dari Indonesia )
9.Abd Razak
10.Yunus
11.Abdullah Yunus
12.Rukib Mohamad
13.Mohd Ariff Muda
14.Mohamad Abd Kadir
15.Wan Ahmad Wan Ali
16.Abdul Kadir Othman

Senarai pemain diatas yang saya anggap diantara pemain catur yang aktif bermain catur setiap petang ditempat tersebut.Saya mula mengenali sebahagian besar mereka apabila menyertai kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Sekolah Kuala Terengganu Selatan tahun 1979.Semenjak dari tarikh tersebut saya terus aktif sehingga sekarang.Saya mula mengenali pemain terbaik Terengganu Ghalam Sani Abdul Rashid pada tahun 1983 dan kami hampir setiap hari bermain catur di Wakaf Jalan Pasir Panjang berhampiran dengan Maktab Perguruan Pasir Panjang.

Semenjak tahun 1988 hingga 1998 Persatuan Catur Negeri Terengganu tidak putus putus menganjur kejohanan catur ,4 hingga 5 kejohanan setiap tahun antara nya Piala Presiden , Tertutup Terengganu ,sirkit catur daerah dan terbuka Terengganu.Pada masa tersebut saya telah menjadi ahli jawatankuasa PCNT.Nur Ilhamuddin ShaikAli muncul antara pemenang kejohanan terbuka Terengganu tahun 1988.Lim Sin Leong pemenang kategori novis mengatasi Mas Hafizul Hilmi ketika itu berusia 7 tahun.

Pada awal tahun 1990 beberapa pemain baru muncul antaranya Lim Sin Leong (SMK Chung Hwa Wei Sin gang - bekas sekolah saya ) Lutfi Amir Abdul Rahman,Hashim Jusoh (mengenali saya semasa beliau dibangku sekolah rendah),Heng Aik Kiat , Fairul Yusuf , Zailan Abas,Adnan Salleh,Zefri Abd Kadir (Jeff) Mohd Azli Arshad.Diikuti dengan Ruzenan Abu Bakar ,Senu Mohd Nor , Abdul Rahim Ramli (Nor Azmi saya kenali tahun 1983 di malay open)Alias Mohd Amin, Salleh Omar.

Pada masa yang sama juga beberapa pemain junior muncul sperti Wan Mohd Fuad Wan Sulaiman ,Ahmad Rizal Othman ,Mohd Hafez Hilmi Harun ,Mohd Sallehuddin Mohd Salleh serta beberapa nama lain seperti Ihsan Husainy,Faruq Husainy dan Farhana Husainy.Farhana adalah paling menyerlah dalam keluarga Husainy dengan tempat kedua bawah 12 tahun MSSM tahun 1989.

Sebahagian besar mereka masih lagi bermain catur secara aktif dan ada yang telah bersara kerana komitmen kerja dan sebagainya.Bila pencarian jaguh catur diadakan tahun lepas beberapa muka telah muncul dan mereka sedang cuba untuk menyaaingi pemain pemain senior yang ada sekarang.

Selain daripada itu pemain remaja yang sedang meningkat naik seperti Mohd Syazwan Zulkifli,Abdul Kadir Jailani Ramli , Mohd Khairul Nazrin A Rashid ,Mohd Amirul Zahanuddin akan terus mewarnai scenario catur di Terengganu dan Kebangsaan.Pemain wanita seperti Siti Nor Raihan Mohd Shaifuddin hampir menjuarai kejohanan catur MSSM bawah 18 tahun.

Semasa permulaan pengelibatan saya sebagai pemain catur tidak banyak info saya boleh didapati selain kolumn Malay Mail setiap sabtu yang banyak menerbitkan koleksi permainan Kasparov dan Karpov.Buku buku catur diperpustakaan di Jalan Sultan Ismail banyak membantu saya sebagai pemain.



5 comments:

Anonymous said...

Adakah 1. Mohammed Abdullah tu seorang bekas guru di Sekolah Bukit Jambul? dimana dia sekarang?

--- bekas murid sekolah bukit jambul

Muhammad Arshad said...

Ya saya memang kenal aruah Cik Md Abdullah.Dulu dia mengajar kat sek tg ampuan Mariam kemudian sek bkt jambul dan dia tinggal di kuater sek tu.sy kenal kerana pengelibatan sy dlm catur.

Anonymous said...

Inna lillahi wa inna ilahi raji'un.
Semoga beliau sentiasa di dalam rahmat Allah.
Dulu beliau bagi kelas tambahan percuma dan hasil tunjuk ajar beliau saya dapat masuk maktab rendah sains mara pada tahun 1980 (tingkatan satu )dan menyambung seterusnya. Jasa beliau akan tetap saya kenang.

Muhammad Arshad said...

aruah dah lama meninggal (10 thn ?)
sy hormati beliau kerana kesunguhan memajukan catur di Trg suatu masa dulu.

Anonymous said...

Terimakasih atas maklumat di atas.